LABUAN : Jabatan Kerja Raya (JKR), Wilayah Persekutuan Labuan menyerahkan projek pembinaan bangunan tambahan Pra-Sekolah SK Patau-Patau siap sepenuhnya.
Majlis penyerahan Projek bernilai RM 919,098.40 diadakan di dewan terbuka SK Patau Patau, di sini semalam.
Pengarah JKR Labuan, Mohd Faizul Mohd Ali Hanapiah menyerahkan secara simbolik bangunan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Abidin Marjan.
Ketia berucap di majlis itu, Mohd Faizul berkata, blok bangunan ini dibina menggunakan reka pasukan seni bina JKR Labuan.
“Projek ini mula dibina pada 14 Mei tahun lalu, berjaya disiapkan mengikut jadual pada 19 Disember lalu.
“Antara skop projek pembinaan bangunan tambahan ini merangkumi bilik darjah, ruang makan, ruang penyediaan makanan, bilik darjah, tandas lelaki dan perempuan,” katanya di sini semalam.
Mohd Faizul berkata, bagi kerja-kerja luaran meliputi primeter drain, laluan berbumbung, Pagar dan penanaman rumput di kawasan terlibat.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Wan Hashim Wan Rahim.
