JAS Labuan gempur premis barangan lusuh di Kampung Muslim

LABUAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Labuan mengempur sebuah premis jual beli barangan lusuh di sebuah kawasan berdekatan kampung Muslim di sini, baru baru ini.

Menurut JAS dalam satu kenyataan, premis tersebut yang menjalankan aktiviti jual beli barang lusuh seperti besi, aluminium dan tembaga digempur selepas didapati menggunakan tapak miliknya sebagai premis yang ditetapkan iaitu suatu kemudahan Pemerolehan Kembali Luar Tapak dan Kemudahan Penstoran Luar tapak Buangan Terjadual tanpa lesen di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

JAS Labuan gempur premis barangan lusuh di Kampung Muslim.

Penguatkuasa JAS telah menggunakan peralatan dron untuk menjejaki premis berkenaan sebelum tindakan diambil.

Berikutan itu, notis dan arahan lapangan telah dikeluarkan kepada pihak premis untuk pembetulan segara.

Selain itu, JAS juga mengenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) bagi menyekat penerimaan buangan terjadual dan pelupusannya dibuat ke premis yang ditetapkan (Buangan Terjadual).

JAS juga akan membuka kertas siasatan untuk pendakwaan keatas premis berkenaan sambil menegaskan mana-mana premis yang tidak mematuhi AKAS 1974 akan diambil tindakan tegas.

Sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar boleh disalurkan melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 atau emel ke aduan_k@doe.gov.my.