KOTA KINABALU: Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di kawasan Ranau ditutup sementara kerana kegagalan pembetung yang runtuh dan jalan terputus akibat hujan lebat berterusan sepanjang hari ini.
Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kejadian kegagalan pembetung di kawasan KM 109.378, Ranau itu membahayakan laluan berkenaan dan tidak boleh dilalui sebarang jenis kenderaan.
Kejadian kira-kira jam 10 malam itu menyebabkan ratusan kenderaan terkandas namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.