KOTA KINABALU: Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerimakunjungan daripada Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa yang membuat lawatan ke Akuarium dan Muzium Marin serta Hatceri Ikan baru-baru ini.
Menurut kenyataan dari IPMB, lawatan tersebut bersempenadengan sesi Jelajah Bajet 2023 yang diadakan di GaleriAzman Hashim, UMS.

“Semasa lawatan tersebut, beliau diberi penerangan tentangusaha-usaha IPMB dalam meningkatkan industri akuakulturseperti pengkulturan ikan, latihan dan bengkel kepada pelajardan komuniti serta penyelidikan yang telah dan sedangdijalankan.
“IPMB mempunyai akuarium dan muzium marin yang menjadi salah satu tarikan pelancong dari dalam dan luarnegara. Sementara hatceri pula dijadikan hab penyelidikan dan tempat pembenihan ikan,” demikian menurut kenyataantersebut yang dikeluarkan di sini hari ini.
Dalam lawatan tersebut juga, Yamani Hafez turut kagummelihat projek arca dipanggil Dasar Lautan yang dibuat oleh pelajar UMS menerusi bahan kitar semula dan sisa plastikyang dikutip dari pantai ODEC UMS.
Sementara itu, semasa sesi Jelajah Bajet 2023 yang memfokuskan isu konservasi, turut terlibat dalam sesi tersebutialah wakil dari agensi kerajaan termasuk badan bukankerajaan (NGO), Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan(IBTP) dan IPMB.
IPMB dan IBTP yang masing-masing diwakili Pengarah, Prof. Ts. Dr. Sitti Raehanah Muhamad Shaleh dan TimbalanPengarah Penyelidikan dan Inovasi IBTP, Prof. Madya Dr Liew Thor Seng juga dijemput untuk membentangkan isufokus, hasil penyelidikan dan cadangan dari kedua-dua pihakinstitut dalam konservasi marin dan biodiversiti.
Dr. Nurzafirah Mazlan, pensyarah IPMB bertindak sebagaipemudah cara sepanjang sesi Focus Group Discussion yang berlangsung selama 2 jam.