ILP Labuan capai pelbagai kejayaan sepanjang tempoh 40 tahun beroperasi – Ag Ismail

LABUAN : Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan berjaya mencapai pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa sejak 40 tahun beroperasi.

Pengerusi Kementerian Sumber Manusia (KASUMA) Wilayah Persekutuan Labuan, Ag Ismail Ag Tangah berkata, antara kejayaan dicapai ILP Labuan iaitu memenangi Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri pada Pertandingan Kemahiran Malaysia.

Katanya, selain itu mencapai kejayaan empat kali berturut-turut di Medalion of Excellence dalam World Skills Competition (WSC) di Jerman, England, Brazil dan Abu Dhabi UAE serta memperoleh Pingat Gold & Best of Nation dalam Asean World Skills Competition Jakarta Indonesia.

“ILP Labuan melakar kejayaan dalam bidang inovasi dan kreativiti seperti  Projek D’Quick Drive Roof Screw System (IHBS) with Local Addative Materials serta mendapat pingat perak di peringkat Antarabangsa dalam pertandingan 33rd International Invention, Innovation & Technology Exhibition Malaysia (ITEX22).

“Kejayaan lain termasuk pingat perak di pertandingan Miri Creativity, Innovation & Technology Exhibition (MCITEC) melalui Projek Mini Smart Compressing Module,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Outreach Jelajah MADANI Jom Masuk TVET sempena Jubli Delima 40 Tahun ILP Labuan di Dewan Kuliah Utama ILP Labuan, di sini, hari ini.

Ag Ismai berkata, penganjuran Program Outreach ini selaras dijangka akan menjadikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sekalli gus mampu memberikan pendedahan awal program Pendidikan TVET.

“Program ini bertujuan mempromosikan Pendidikan TVET kepada masyarakat sebagai pilihan utama bidang pendidikan disamping memperkukuhkan penglibatan masyarakat komuniti dalam perkembangan bidang TVET melalui kolaborasi dengan institusi TVET.

“Kementerian melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) sentiasa komited dalam memperkasakan  bidang TVET di negara ini, selaras dengan pada Dasar TVET Negara 2030 dalam menjadikan TVET pilihan utama Kerjaya,” jelas Ag Ismail.

Dalam program kali ini, berjaya menarik minat 2000 pengunjung  terdiri daripada pelajar sekolah, guru-guru, Ibu bapa, belia komuniti Labuan serta pihak pemain industri membabitkan pihak swasta dan Penyelia Latihan Awam.