Ibu tunggal, OKU diberi keutamaan milik Rumah SMJ di Tongod – Masiung

TONGOD : Golongan ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaaa (OKU) di daerah Tongod yang tidak berdaftar e-Kasih akan diberi keutamaan memohon dan memiliki bantuan rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, pemilik rumah yang ditimpa bencana seperti kebakaran atau dihanyutkan banjir juga layak diberi pertimbangan.

Masiung (kanan) diberi taklimat oleh Nelson sejurus menyerahkan kunci kepada pemilik rumah mesra SMJ.

Menurutnya, walaupun daftar e-Kasih menjadi syarat utama memohon bantuan itu, namun ibu tunggal, OKU dan keluarga yang ditimpa bencana tidak boleh diketepikan.

“Saya dapati ramai ibu tunggal dan OKU di Tongod tidak berdaftar dengan data e-Kasih, namun mereka wajar diberi layanan sama rata.

” Wujud kepincangan dalam pangkalan data e-Kasih dan ia perlu dikemaskini setiap tahun mengikut syarat ditetapkan,” katanya kepada pemberita sejurus menyampaikan kunci kepada 20 penerima bantuan rumah SMJ di Kampung Alitang, semalam.

Menurut Masiung, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan Kerajaan Negeri Sabah yang pertama memperkenalkan bantuan rumah mesra SMJ sejak beberapa siri kerajaan negeri yang lalu.

Menurutnya, sebanyak 60 buah rumah SMJ telah dan sedang dibina di daerah Tongod sejak 2021 sehinggah kini yang melibatkan perbelanjaa RM480,000.

Masiung berkata, kerajaan Negeri memperuntukan RM80,000 setiap sebuah rumah di bawah program pembangunan SMJ.

Tahun ini sahaja, katanya, kerajaan negeri telah membelanjakan RM5.84 juta untuk mendirikan rumah SMJ di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Selain berpeluang memiliki bantuan rumah SMJ, Masiung berkata, golongan e-Kasih di Sabah turut perpeluang memohon bantuan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah peruntukan kerajaan Persekutuan.