TELUPID : “Kami hanya punggut biji sawit, bukannya dipaksa kerja menjadi buruh ladang oleh keluarga,” kata Azrin.
Beliau hanya dikenali sebagai Azrin baharu menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan memperoleh keputusan cemerlang iaitu 6A, 2B baru-baru ini.
“Saya minat jadi cikgu berbanding kerja di ladang…Dapat gaji bulanan tetap, kerja tidak berpanas berbanding kerja dibawah matahari terik.
“kedua-dua ibu bapa kami, tidak sangat mengalakkan kerja di sektor ladang kerana ia tidak mempunyai masa depan yang cerah,” kata Azrin.
Menurutnya, meskipun ladang ini milik keluarganya mereka hanya dibawa ke ladang berikutan khuatir tentang keselamatan jika tinggal bersendirian di rumah.
Adakalanya, mereka hanya memetik sayur-sayuran di ladang untuk dibawa pulang ke rumah sekali gus bukannya dipaksa membantu keluarga bekerja di sana.
“Kami tidak dibayar upah, tidak malu membantu keluarga di ladang kelapa sawit, walau pun pendapatan ini hanya sedikit, tetapi cukup dinikmati sekeluarga.
“Lebih membanggakan, abang serta kakak saya kini belajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di peringkat Ijazah Sarjana Muda,” jelasnya.
Menurutnya, kesemua perbelanjaan pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh keluarganya tanpa ada sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
“Kami orang luar bandar bah….Tinggal lagi di kampung mana pernah diberikan mendapat keutamaan untuk memperoleh kemudahan biasiswa sama ada di peringkat kerajaan negeri atau persekutuan.
“Hanya berbekalkan pendapatan ladang sawit termasuk kedua ibu bapa kerja bekerja sendiri, kami berjaya memperoleh keputusan cemerlang.
“Jangan pandang rendah kepada keluarga yang bekerja di ladang sawit, kami juga mampu mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama,” kata Azrin.