SANDAKAN: Samada saya kurang bijak atau Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnian Mahdar yang buta mata atau menyempitkan fikiran melihat isu pembangunan di Sabah dibawah slogan” Sabah Maju Jaya” (SMJ) telah mencapai matlamatnya.
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir berkata ia adalah dua perkara berbeza hanya rakyat Sabah mampu menilanya.
Katanya, UMNO tiada niat untuk mempolitik isu pembangunan di Sabah di bawah Kerajaan Negeri dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini , dengan slogan “ Sabah Maju Jaya” namun begitu realitinya yang sedang dipersoalkan oleh rakyat di media sosial mahupun di kedai-kedai kopi.
“Saya berharap pemimpin atau penyokong kerajaan hentikanlah sindrom penafian ini, terimalah hakikat rakyat Sabah kini bergelut dengan masalah air, jalanraya, elektrik dan ekonomi. Menjelajahlah ke pelusuk mana di negeri ini, isu ini adalah realiti yang dihadapi oleh rakyat ketika ini,” katanya ketika mengulas kenyataan media Zulkarnian yang menyifatkan kenyataan media Suhaimi sebelum ini yang meminta Kerajaan perjelaskan Pelan Pembangunan SMJ kepada rakyat sepanjang tempoh lebih empat tahun dilaksanakan sebagai tidak bijak.
Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata, mengakui Kerajaan negeri telahpun memperincikan laporan tahunan Hala tuju SMJ sebelum ini, namun menurut beliau tidak semua dapat membacanya walaupun disebarkan di pelbagai media dan sebagainya.
“Bagi penduduk di luar bandar dan tidak celik computer sudah tentu mereka tidak dapat membaca laporan tersebut, apalagi ketiadaan eksis jalur lebar yang meluas di Sabah antara salah satu sebab kegagalan SMJ menyebabkan laporan tersebut gagal mereka ikuti” katanya.
Suhaimi berkata, di atas kertas sudah tentu laporan tersebut tersusun rapi namun hakikatnya dari segi pelaksanaan ianya tidak secantik laporan yang dikeluarkan.
“Isu-isu keperluan pembangunan insfrastruktur asas masih menjadi isu utama dan kritikal ketika ini sedangkan ini terkandong dalam salah satu elaman SMJ iaitu modal insan , kesejahteraan rakyat dan jaringan insfrastruktur dan kelestraian hijau.
“Melihat kejayaan SMJ bukan hanya setakat kita melihat jumlah pelaburan yang masuk berbilion-bilion ke negeri ini, tapi rakyat mahu melihat dari prespektif yang lebih luas, ini termasuklah insfrastruktur asas, ekonomi dan sebagainya yang mana rakyat masih bergalut dengan isu kritikal ini.
“Sebab itu kalau mahu mengulas, isu ini biar bijak dan berfakta daripada mengulas hanya bersifat membodek tapi rakyat lebih bijak menilainya,” jelas Suhaimi.
Mengulas kenyataan Zulkarnian yang mempertanggugjawabkan isu jalan raya,bekalan air semasa Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menjadi Timbalan ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya, Suhaimi berkata, sepanjang tempoh dua tahun menduduki kementerian tersebut, Bung Moktar telah melakukan sesuatu yang terbaik atas amanah yang diberikan.
Suhaimi berkata, sepanjang tempoh Bung Moktar menduduki Kementerian Kerja Raya, pelbagai perancangan untuk meningkatkan kemudahan insfrastruktur asas telah dilakukan oleh beliau bagaimana pun menurutnya segala keputusan terutamanya dari segi peruntukan kewangan adalah menjadi tanggunjawab Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga merangkap Menteri kewangan ketika itu.
“Tidak ada isu Bung Moktar berdiam diri semasa menjadi Menteri Kerja Raya, pelbagai perancangan telah dicadangkan kepada Kerajaan, pelbagai usaha turun padang dilakukan bagi melihat sendiri masalah dan keperluan asas yang diperlukan oleh rakyat namun kuasa memutuskan untuk melaksanakan projek pembangunan yang dicadangkan adalah dibawah bidang kuasa Ketua Menteri,” tegas Suhaimi.
Tambah Suhaimi yang juga Ketua Bahagian UMNO Libaran, dengan usaha yang dilakukan oleh Bung Moktar semasa menjadi Menteri Kerja Raya melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan, Lebuh Raya Pan Borneo bagi Zon Timur jejajaran Sandakan-Kinabaangan -Beluran Telupid dapat dilaksanakan yang merangkumi pakej 28,29 dan 30 sepanjang 58 kilometer dengan kos pembinaan RM877 juta kini dalam proses pembinaan.
Katanya, ia merupakan satu usaha serta komitmen Bung untuk meningkatkan sistem perhubungan jalanraya yang lebih baik dan sempurna untuk dinikmati oleh rakyat di negeri ini khususnya di kawasan terlibat.
“Begitu juga dengan peningkatan kemudahan bekalan air di Sabah pelbagai lawatan ke beberapa buah daerah telah dilakukan oleh Bung Moktar semasa menjadi Menteri Kerja Raya, khusus untuk meninjau masalah air dan mengemukakan cadangan Kementerian untuk penambahbaikan bagaimana pun kuasa memutuskan untuk projek yang dicadangkan samada dilaksanakan dan diberikan peruntukan adalah bidang kuasa Ketua Menteri,” tambah Suhaimi.
Sehubungan itu, Suhaimi meminta Zulkarnian lebih baik berdiam diri daripada membuat andaian negatif terhadap pemimpin yang tidak mencerminkan kebijaksanaan beliau kerana tidak mengetahui tatacara, perancangan prosiduer dan pelaksanaan satu satu projek pembangunan yang dirancang dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan.