KOTA KINABALU : Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini hari ini.
Mesyuarat yang bermula jam 3.00 petang itu membincangkan pelbagai perkara termasuk kesiapsiagaan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Ini termasuk memperkukuh gerak kerja organisasi di semua peringkat. Turut hadir, Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun, Naib-Naib Presiden, Datuk Mohd.Arifin Mohd.Arif, Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Banah, Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi, Bendahari, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, Ketua Penerangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
Sementara itu, Hajiji turut meluangkan masa minum petang bersama Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat di foyer Dewan Kinabalu, SICC