KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, di sini pada Selasa.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Negeri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Pemangku Presiden PBS serta Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bersama barisan kepimpinan parti dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Majlis berkenaan diserikan dengan pelbagai pengisian termasuk persembahan gambus, nyanyian, penyampaian sumbangan kepada anak yatim serta acara memotong kek sempena sambutan Aidilfitri PBS.
