Hajiji mahu Kerajaan Persekutuan menambah baik perkhidmatan dan kemudahan KKIA pada pertemuan dengan Anthony Loke

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mahu perkhidmatan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dinaik taraf dan ditambah baik dengan segera.

Beliau berkata demikian kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika bertemu beliau di Menara Kinabalu dekat sini, semalam.

Hajiji mahu Kerajaan Persekutuan menambah baik perkhidmatan dan kemudahan KKIA pada pertemuan dengan Anthony Loke.

Hajiji berkata kemudahan dan perkhidmatan di KKIA perlu ditambah baik dan dinaik taraf kerana ia merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di negara ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri Datuk Phoong Jin Zhe, Timbalan Menteri Komoditi dan Perladangan Datuk Chan Foong Hin, Pembantu Menteri Kewangan Tan Lee Fatt, Ketua DAP Sabah Datuk Frankie Phoon, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, ADUN Kapayan Jannie Lasimbang dan Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda.

Hajiji mahu Kerajaan Persekutuan menambah baik perkhidmatan dan kemudahan KKIA pada pertemuan dengan Anthony Loke

Terdahulu, Ketua Menteri turut mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman dan Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.