Hajiji iringi Tun Juhar hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengiringi Yang di- Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-265 di Istana Negara, hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu bermula pada Rabu.

Hajiji iringi Tun Juhar hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Pada Selasa lalu, Ketua Menteri telah menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-142 di Perdana Putra di Putrajaya.