KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menandatangani buku khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia di sini, malam tadi.
Turut menandatangani buku itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.
Hajiji bersama isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag, adalah antara pemimpin dari seluruh negara yang hadir meraikan sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan, di Stadium Perpaduan, Kuching, di sini, malam tadi.
Sambutan Hari Malaysia Ke-60 itu disempurnakan oleh Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar.
Hadir sama isteri Mohamad Asfia, Puan Sri Fatimah Mohd Iskandar.
Sambutan bertemakan ‘Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Segulai Sejalai’ itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Hari Malaysia dirai bagi memperingati pembentukan Malaysia hasil gabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.
- ends
