Hajiji adakan Majlis Kesyukuran Menyambut Bukan Ramadan bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor telah mengadakan Majlis Kesyukuran Menyambut Bulan Ramadan bersama ketua-ketua jabatan negeri Sabah di kediamannya di Kampung Serusup dekat sini, hari ini.

Majlis kesyukuran itu turut dihadiri isterinya, Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (KPPAN) Sabah, Datuk Zainudin Aman.

Kira-kira 200 ketua-ketua jabatan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menghadiri majlis kesyukuran berkenaan.