GRS-PH Plus yakin kembali memerintah selepas PRN17 – Hajiji

KOTA BELUD: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH) Plus yakin akan mampu kembali memerintah selepas Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, ini  berdasarkan perkembangan semasa politik serta penerimaan rakyat terhadap kerajaan sedia ada.

Katanya, gabungan ini memounyai memiliki kekuatan untuk meneruskan khidmat kepada rakyat sekali gus  membangunkan negeri ini ke tahap yang lebih baik.

“Saya tahu kekuatan parti kita, InsyaAllah, kita akan bersama dengan PH Plus, kita tetap akan menjadi kerajaan selepas PRN nanti.

“InsyaAllah, rakyat mahukan perubahan dan mahukan GRS-PH Plus ini terus memerintah negeri,” katanya di sini hari ini.

Hajiji merupakan Presiden Gagasan Rakyat berkata, banyak perkara yang perlu diambil kira bagi menghadapi PRN akan datang, termasuk berkaitan kepentingan rakan dalam GRS dan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, itu antara syarat penting bagi memastikan kerajaan sedia ada dapat dikekalkan selepas PRN17 nanti, di samping menguatkan lagi Gagasan Rakyat menjadi tunjang GRS.

“Apa yang penting kepada kita terutama sekali di Usukan, kalau ada semangat kita mahu bertanding di Usukan, parti Gagasan Rakyat mesti kuat dan mantap.

“Ini syarat utama dan kita mahu semua ahli parti bekerja kuat untuk hadapi cabaran dan PRN nanti kerana banyak perkara perlu diambil kira pada PRN akan datang.

“Kita mesti fikir kepentingan rakan dalam GRS dan Kerajaan Perpaduan kerana kita mahu terus memerintah Sabah,” jelas Hajiji.