GRS, PGRS Tanjung Keramat anjur program Back To School bantu ibu bapa, pelajar

PUTATAN: Program Back To School anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tanjung Keramat dilihat sebagai antara inisiatif khidmat sosial bagi membantu ibu bapa dan pelajar menghadapi musim pembukaan persekolahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya berkata program tersebut memberi tumpuan kepada bantuan berbentuk sokongan moral dan kebajikan, termasuk perkhidmatan gunting rambut percuma di beberapa lokaliti sekitar kawasan DUN itu.

Menurut beliau, pendekatan itu mencerminkan usaha GRS dan PGRS dalam menyeimbangkan peranan politik dan tanggungjawab sosial terhadap komuniti setempat.

“Khidmat kemasyarakatan seperti ini penting bagi memastikan rakyat terus disantuni, khususnya golongan yang terkesan dengan kos sara hidup,” katanya.