KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menafikan kononnya ada pihak tertentu mendakwa memperolehi sokongan lebih separuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, untuk bagi membolehkan kumpulan ini menubuh sebuah Kerajaan Negeri yang baharu.
“Sebagai makluman, Datuk Seri Haji Noor, Ketua Menteri Sabah telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar ADUN Sabah untuk terus memimpin Kerajaan Negeri yang ada sekarang, termasuk kesemua tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah.
“Kami bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak yang berwajib apabila dan sekiranya perlu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Masidi berkata, suasana serta kedudukan politik di Sabah kekal stabil sekali gus selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan.