24 C
Kota Kinabalu
Monday, December 5, 2022

GRS-BN kecam ekstremisme, salah guna agama – Dr Jeffrey

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) menegaskan mengecam ekstremisme agama dalam semua bentuk serta manifestasinya.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh mempertahankan keharmonian agama di Sabah walau apa cara sekalipun.

Katanya, ini daripada sebarang percubaan, sama ada secara langsung atau tidak, untuk memusnahkannya.

“Rakyat Sabah dikenali sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan hidup dalam harmoni dan bersatu padu kumpulan etnik menganut kepercayaan yang berbeza.

“Ini adalah perpaduan dalam kepelbagaian dalam bentuk tertingginya yang begitu unik tentang Sabah dan rakyatnya.

“Kerajaan Sabah dan rakyat Sabah berdiri teguh bersatu untuk mengekalkan perpaduan ini walau apa cara sekalipun dan tidak akan membenarkan ekstremisme agama dalam semua bentuk dan manifestasinya menghancurkannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Jeffrey merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, rakyat perlu terus menolak cubaan mana-mana individu atau kumpulan yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.

“Kerajaan Negeri GRS-BN juga menghormati kebebasan beragama di Sabah,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles