SANDAKAN : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat mempunyai peluang merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong daripada parti Warisan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) akan datang.
Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Masiung Banah berkata, beliau secara peribadi saya melihat GRS tidak mempunyai masalah untuk menyumbangkan satu kerusi baharu di kawasan Sekong.
Katanya, beliau diberi tanggungjawab sebagai Penyelaras Gagasan Rakyat Zon 10 Parlimen Batu Sapi, Kinabatangan Sandakan, yakin kerusi DUN Sekong berpotensi besar menjadi milik GRS pada PRN-17 kelak.
“Walaupun, Sekong kini diwakili pembangkang, tetapi rakyatnya tidak boleh dibiarkan terus terasing tanpa adanya peruntukan kerajaan menerusi Wakil Rakyatnya.
“Tambahan lagi, Warisan kini dalam keadaan terhimpit selepas memperlihatkan mutu pentadbiran hambar ‘ala Semporna’ selepas empat tahun lalu mendapat peluang menerintah hanya selama 22 bulan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Sekong di Dewan Masyarakat Sandakan di sini kelmarin.
Masiung merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata, di Parlimen Batu Sapi, slogan ‘DUN Karamunting kita pertahan, Sekong kita tawan’ dicipta sebagai pencetus semangat pemimpin serta penyokong GRS.
“Gagasan Rakyat Bahagian Sekong diketuai, Safarudin Abu dilihat membina kekuatan sebagai kuasa besar parti itu bagi membantu GRS meraih kemenangan di kawasan ini.
“Gagasan Rakyat Sekong merupakan antara yang terawal membentuk jentera pilihan raya dipelbagai peringkat termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Beliawanis,” jelas Masiung.
Menurutnya, berbekalkan kekuatan lebih 200 cawangan serta seramai 7,000 lebih ahli parti itu di Sekong, beliau yakin kerusi Warisan di kawasan itu dapat ditawan kelak.