Gotong-royong merupakan langkah terbaik mencegah penyakit denggi di peringkat awal – Nizam

TAWAU : Masyarakat perlu segera mendapatkan pemeriksaan sekiranya wujud tanda-tanda demam denggi akibat gigitan nyamuk Aedes.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penduduk kampung perlu mengetahui antara simptom kepada penyakit ini iaitu demam biasanya berlaku antara dua hingga tujuh hari manakala tempoh inkubasi empat hingga 10 hari.

Nizam ketika berucap merasmikan program gotong-royong di Kampung Tinagat Laut, Batu 7 di perkarangan Masjid Annur.

Katanya, demam denggi disyaki apabila terdapat demam panas pada kebiasaanya demam sekitar 40 darjah Celsius, disertai dua atau lebih gejala, iaitu sakit kepala yang teruk, sakit di belakang mata ,sakit otot serta sendi.

“Apabila penduduk kampung mempunyai simptom ini dijangkati penyakit Denggi ini seharusnya mereka segera mendapatkan rawatan awal kerana penyakit ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh membawa maut sekiranya lambat menerima rawatan.

Nizam bersama penduduk kampung menyertai program gotong-royong.

“Segera berjumpa doktor sekiranya anda mungkin menghidap demam denggi. Jangan biarkan kerana penyakit ini sangat memerbahaya sekali gus boleh mengundang maut kepada penghidapnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Gotong Royong pembersihan kawasan Kampung Tinagat Laut, Batu 7 di perkarangan Masjid Annur, di sini semalam.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri Apas M Aziriansyah Ali serta Pegawai Kesihatan Tawau.

Nizam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, beliau memuji usaha penduduk kampung mengadakan program gotong-royong merupakan satu usaha mengelak berlakunya gejala penyakit denggi di sekitar kawasan kampung berkenaan.

Nizam menyertai gotong-royong bersama penduduk kampung.

“Gotong-royong ini merupakan langkah kesedaran awal bagi mencegah serta mengawal penularan virus denggi, termasuk memerangi vektor nyamuk aedes, membasmi tempat pembiakan nyamuk air bertakung.

“Kita akan perluaskan lagi kesedaran langkah pencegahan awal nyamuk Aedes ini di beberapa kawasan sekitar DUN Apas, agar kawasan ini serta Tawau amnya bebas daripada gejala penyakit denggi di masa depan,” jelas Nizam.