Golongan belia perlu kompetitif dan berilmu hadapi cabaran

KINABATANGAN : Golongan belia perlu bersifat kompetitif serta mempunyai ilmu bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan, kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

Beliau berkata golongan belia perlu dibekalkan dengan pelbagai ilmu bukan sahaja ilmu pengetahuan namun golongan beliia juga perlu memiliki ilmu kepimpinan kerana mereka merupakan pemimpin pelapis negara masa hadapan

“Kalau ingin melihat kemajuan negara kita pada masa hadapan, lihatlah belia pada zaman ini, tanamkan ilmu-ilmu yang berguna kepada mereka seperti ilmu perniagaan, kepimpinan dan sebagainya bagi melahirkan generasi belia yang berkualiti dan berwawasan,” katanya ketika merasmikan Majis Apresiasi Kepada Yang Dipertua Belia Akar Umbi Daerah Kinabatangan di sini kemarin.

Menurut Bung Moktar yang jugq Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag, negara akan berhadapan dengan pelbagai cabaran seiring dengan kepesatan teknologi komunikasi dunia tanpa sempadan.

“Dimana golongan belia bukan sahaja bersaing dalam negeri malah di peringkat global. Justeru penguasaan ilmu pengetahuan begitu amat penting untuk meletakan mereka mampu bersaing menghadapi cabaran yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

“Para belia jug perlu memerdekakan pemikiran mereka daripada sebarang unsur yang negatif, belia perlu bebas daripada pemikiran yang menghalang diri mereka dari melakukan perubahan yang lebih baik,” katanya.

Bung Moktar berkata sebagai pemimpin di kawasan tersebut beliau akan terus menyokong apa juga program yang membawa kebaikan kepada golongan agar terus aktif dalam apa juga bidang.