Festival Kebudayaan Bajausama Platform Eratkan Perpaduan Kaum

KOTA KINABALU : Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2024 dapat menjadi platform dalam mengeratkan perpaduan pelbagai kaum di negeri ini.

Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Bajausama Sabah, Datuk Abdul Kassim Razali berkata, festival itu dapat menjalin perpaduan di samping memperkenalkan budaya, adat dan tradisi Bajausama di Sabah.

Katanya, festival  ini adalah yang julung kali diadakan dan sambutannya lebih menyeluruh dalam mempromosikan adat dan kebudayaan rumpun Bajausama.

“Pelbagai aktiviti dan pengisian akan diadakan sepanjang empat hari festival berlangsung antaranya pertandingan Ratu Serimpak, pertandingan Soromas, pertandingan Betitik selain bengkel tarian dan alat muzik tradisi suku kaum Bajausama.

“Melalui festival ini, saya berharap agar suku kaum lain dapat sedikit sebanyak mempelajari mengenai Bajausama sekali gus menjadi pemangkin dalam mencetus perpaduan di kalangan sesama,” katanya di sini hari ini.

Abdul Kassim merupakan Pengerusi Pelaksana Festival berkata, lokasi Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah akan diadakan di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kg. Lok Batik Tuaran bermula 24 hingga 28 Februari depan.