Daerah Putatan tuan rumah Tilawah peringkat negeri Mac ini

PUTATAN :  Daerah Putatan akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 2024 pada 6 hingga Mac ini.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata tilawah ini  tersebut bukan sekadar pertandingan untuk melahirkan qari dan qariah yang berkualiti, malah menjadi platform untuk mengukuhkan lagi hubungan di antara umat Islam dengan kitab suci Al-Quran.

“Untuk makluman semua, daerah Putatan telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung pada 6 sehingga 8 Mac 2024.

“Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran adalah satu acara yang mempunyai keutamaan yang tinggi dalam Islam.

“Ia bukan sekadar pertandingan, tetapi juga merupakan satu platform untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Kitabullah, Al-Quran.

“Saya berharap akan banyak lagi bakat-bakat baru terutamanya golongan muda yang akan terus mengasah bakat dalam ilmu tarannum ini dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan kehidupan kita sehari-harian,” katanya.

Beliau berkata demikian merasmikan Perasmian Penutupan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Putatan di Dewan Sri Putatan dekat sini, hari ini.

Shahelmey berharap, majlis itu mampu menjadi wadah ilmu serta medan untuk mengukuhkan perpaduan ummah sekali gus meningkatkan syiar dan dakwah Islamiah di negeri ini.