KENINGAU : Enam cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan jenis kereta Proton Saga bertembung Lori Lori Tiga Tan di Batu 11 Jalan Keningau Sook, di sini malam tadi.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, lima mangsa cedera terbabit di kereta Proton Saga sekali gus di hantar ke Hospital Daerah Keningau oleh Ambulans sebelum ketibaan Pasukan Bomba.
Katanya, seorang mangsa lelaki cedera berada di lori berkemaan diberikan rawatan Pasukan EMRS seterusnya di hantar ke Hospital menggunakan Jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Setakat ini kita masih belum mempunyai maklumat mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian ini kira-kira jam 7.23 malam tadi.
“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau bersama kekuatan sembilan anggota diketuai Komander Operasi, Raizaain Ag Damit tiba di kawasan kejadian 7.43 malam pada jarak lokasi sejauh 16 kilometer,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut jurucakap tersebut, selepas memastikan keadaan selamat, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 8.11 malam tadi.