TONGOD : Guru siswazah di Sekolah Kebangsaan Saguon di sini, Elviana Gunong, 24, dimahkotakan sebagai ratu Unduk Ngadau Pesta Kaamatan daerah Tongod, di sini kelmarin.
Naib johan disandang Edna Ezzyira, 22, diikuti, Melcie Michelli, 20, menduduki tempat ketiga.
Edna merupakan penuntut Diploma Penyediaan Estetik sebuah pusat pengajian tinggi swasta manakala, Melcie adalah bekas penuntut tingkatan enam SMK Entilibon, Tongod.
Ketiga-tiga pemenang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000, RM3,000 dan RM1,000 disamping trofi dan sijil.
Elviana mewakili daerah Tongod dalam saingan ratu Unduk Ngadau peringkat negeri yang diadakan di Hongkod Koisaan pada 30-31 Mei depan.
Perayaan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tongod dirasmikan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Datuk Dr Jeffrey Kitingan.