DUN Sabah: Seramai 643 Peniaga Gerai Kecil Tepi Jalan Layak Terima Bantuan Khas RM5,000

KOTA KINABALU : Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan mengenal pasti seramai 643 peniaga gerai kecil di kawasan tepi jalan disahkan layak menerima bantuan khas one-off berjumlah RM5,000.

Pembantu Menterinya, Datuk Isnin Aliasnih berkata, setakatnya ini semua peniaga tersebut disahkan mempunyai lesen

perniagaan yang berdaftar mengikut kawasan masing-masing.

Katanya, kesemua peniaga ini dikenal pasti mengikut kriteria kelulusan yang ditetapkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Mac lalu.

“Kementerian Kewangan menyalurkan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan mengikut bilangan penerima yang layak untuk

diserahkan kepada penerima secara tunai (lump sum),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawap pertanyaan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Dilantik), Datuk Amisah Yassin berkaitan jumlah peniaga yang layak bantuan One-Off di negeri ini.