LABUAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa menyalurkan peruntukan sebanyak RM520,000 kepada komunti Labuan.
Peruntukan itu disalurkan oleh beliau menerusi Lawatan Kerja Rasmi dua hari ke Labuan bermula Sabtu dan Program Hari Wilayah Persekutuan 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Daripada jumlah itu sebanyak RM270,000 disalurkan kepada Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan kampung (JPKK) bagi tujuan tadbir urus yang melibatkan 27 buah kampung di pulau ini.
Manakala RM200,00 lagi merupakan bantuan khas bagi menagani masalah hakisan pantai di Tapak Lestari Niaga Kampung Tanjung Aru Nelayan.
Peruntukan itu adalah untuk kerja kerja membina benteng bagi mengelakan hakisan pantai yang sering berlaku di kawasan tersebut.
Selain itu, beliau juga menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi Program Kebun Kita@Wilayah Persekutuan untuk pembinaan peralatan yang diperlukan oleh Ahli Jawatakuasa Masjid Kampung Layang-Layangan yang mengendalikan projek berkenaan.
Beliau berkata, peruntukan yang disalurkan melalui Jabatan Wilayah Persekutuan itu (JWP) bertujuan untuk membantu dan menjana ekonomi Wilayah Persekutuan Labuan.
Terdahulu sebelum itu, beliau juga menyantuni keluarga mendiang Gillian yang terkorban ketika menyelamatkan 7 orang penghuni dari sebuah keluarga dalam kejadian kebakaran rumah yang berlaku di Taman Merinding Garden baru baru ini.