‘Dia buat salah, dia jadi bosku’ – Dr M mula kempen di Johor

JOHOR: Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan kempennya di Johor dengan menyasarkan bekas perdana menteri Najib Razak, yang menurutnya cuba menutup jenayahnya berkaitan skandal 1MDB.

Beliau yang menyertai kempen di sebalik peringatan doktor berkenaan risiko kesihatan ekoran wabak Covid-19, berkata dia terpanggil untuk bertindak kerana kian bimbang dengan PRN Johor.

Ketika kempen bermula, Najib membuat beberapa kunjungan berprofil tinggi di mana dia kelihatan menerima sambutan yang baik, meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang kekal popular di sebalik sabitan terhadap kesalahan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Memetik laporan Malaysiakini ketika berucap di depan kira-kira 70 hadirin di Felda Ayer Hitam dalam DUN Machap hari ini, Mahathir turut mengecam Najib kerana menutup keadaan hutang yang berpunca daripada skandal itu, yang yang perlu ditanggung negara.

Di bawah pentadbiran Najib, 1MDB menerbitkan bon berbilion ringgit, dengan sejumlah besar daripadanya diselewengkan. Siasatan turut menunjukkan ada yang disalurkan ke akaun peribadi Najib.

Salah satu bon tersebut dijadual mencapai tempoh matang tahun ini.

Malaysia perlu mengeluarkan AS$1.75 bilion (RM7.27 bilion) untuk membayar prinsipal bagi bon 1MDB Energy Ltd paling lewat Mei 2022, dan AS$1.75 bilion untuk bon 1MDB Energy (Langat) Ltd paling lewat Oktober 2022.

Kemudian pada Mac 2023, Malaysia perlu membayar AS$3 bilion (RM12.46 bilion) lagi untuk bon 1MDB Global Investments Ltd.

Ini tidak termasuk bayaran kupon (faedah untuk bon) yang lebih tinggi daripada pasaran yang