Dekati golongan muda jadi keutamaan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort

KUALA PENYU: Pergerakan Pemuda UMNO sentiasa mendekati golongan muda bagi memastikan mereka tidak diabaikan dan memahami keperluan semasa .

Justeru, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri berkata pihaknya menganjurkan pelbagai program mengikut keadaan masa kini untuk golongan muda.

Ak Mohd Yazri bergambar kenangan bersama golongan muda yang terlibat dalam program tersebut.

“Cara ini untuk memastikan golongan muda ini tidak terpinggir sekali gus terlibat sama-sama dalam aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada mereka,” katanya ketika merasmikan program Mini Tournament Simulasi TAKRAW peringkat daerah Kuala Penyu anjuran Kelab Takraw Kampung Kerukan, semalam.

Ak Mohd Yazri berkata penganjuran program ini antara usaha mendekati golongan muda dilihat mampu mengelak mereka terjebak dalam gejala yang kurang sihat.

Dalam perkembangan sama, Ak Mohd Yazri berkata, program ini akan diperluaskan ke beberapa kawasan sekitar Parlimen Beaufort bagi memastikan lebih ramai golongan muda terlibat dalam penganjuran aktiviti sukan ini.

Katanya program ini sangat bermanfaat serta mendapat sambutan menggalakkan, ini sudah pasti sebagai satu langkah terbaik agar golongan muda ini terlibat secara langsung dalam bidang sukan.