TAWAU: Polis menahan lelaki bertugas sebagai Deejay (DJ) di sebuah pusat hiburan dalam ‘Op Noda’ di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, lelaki merupakan rakyat tempatan berumur 45 tahun ditahan selepas mengesan sebuah pusat hiburan beroperasi dengan muzik yang kuat sekali gus melebihi tempoh operasi yang ditetapkan.
Katanya, hasil pemeriksaan, mendapati di dalam premis tersebut terdapat sembilan individu yang merupakan pelanggan berada di dalam premis berkenaan.
“Polis bertindak menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai DJ kerana didapati menjalankan aktiviti hiburan awam lebih masa yang ditetapkan dalam syarat lesen premis.
“Polis turut merampas beberapa peralatan muzik serta barangan elektronik yang digunakan di dalam pusat hiburan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Jasmin berkata, lelaki terbabit di bawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 (Sabah No.23 Of 1958).
“Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang, boleh menghubungi Hotline Polis Tawau di talian 089-772121 atau balai polis berdekatan,”katanya.