32 C
Kota Kinabalu
Sunday, April 2, 2023

Contohi Perilaku Rasulullah SAW Kekalkan Keharmonian Antara Masyarakat – Hajiji

TUARAN: Rakyat negeri ini khususnya masyarakat Islam agar sentiasa mencontohi Rasulullah SAW dalam perilakunya mengekalkan keharmonian antara masyarakat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata rakyat perlu menjaga keharmonian pelbagai kaum serta agama di negara ini dengan mencontohi Rasulullah SAW dalam segala perilaku dan usahanya menjaga hubungan antara umat Islam dan bukan Islam.

Katanya, Baginda telah mengadakan perjanjian damai dengan pelbagai kaum yang tinggal berhampiran Kota Madinah demi meningkatkan lagi kesefahaman dan memperbaharui hubungan berlandaskan prinsip kebenaran serta menghindar kekacauan.

“Inilah prinsip ‘Ukhuwah Insaniah’ yang telah diterapkan oleh baginda Rasulullah SAW dalam masyarakat Madinah.

“Sesungguhnya kemuliaan umat Islam, bahkan jatuh bangun sesebuah bangsa serta negara adalah terletak kepada kesatuan dan kesepaduannya,”katanya di sini hari ini.

Hajiji berkata, semangat Maulidur Rasul perlu terus disemarakkan dan disemai dalam jiwa setiap umat Islam sebagai bukti ketulusan cinta terhadap Rasululullah SAW.

“Maulidur Rasul yang disambut hakikatnya bukanlah sekadar sambutan hari lahir Baginda Rasulullah SAW semata-mata, tetapi ia membawa suatu makna yang amat besar kepada seluruh manusia.

“Dalam konteks kemanusiaan, Rasulullah adalah contoh dalam mengangkat ukhuwah insaniah (persaudaraan kemanusiaan) dan Baginda berusaha menghapuskan apa jua bentuk diskriminasi atas nama agama, bangsa mahupun keturunan,” katanya.

Haji berkata, apa jua perbezaan yang wujud, hendaklah dijadikan sebagai kelebihan dan bukan kelemahan, sementara persamaan pula hendaklah dijadikan sebagai sumber kekuatan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles