Lelaki warga emas maut dihempap jentolak di Tenom 

TENOM: Seorang lelaki warga emas disahkan maut selepas dihempap jentolak ketika melakukan kerja-kerja mengangkut tanah di Kampung Tuan, di sini, pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 10.12 pagi menerusi talian MERS 999.

“Mangsa dikenalpasti berusia dalam linkungan 60an disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, sepasukan anggota bersama jentera diketuai Pegawai Operasi, PBK II KUP Saony Saimin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom dikejarkan ke lokasi kejadian.

Operasi ditamatkan pada jam 11.49 pagi.