CIS serah zakat perniagaan bernilai RM100,000

KOTA KINABALU : Syarikat Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Pusat Zakat Sabah di sini hari ini.

Majlis penyerahan yang turut diadakan sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 disempurnakan Pengerusinya, Datuk Japlin Akim, manakala Dahlan Marali Ketua Sektor Operasi & Wilayah Bahagian Zakat & Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima bagi pihak Pusat Zakat Sabah.

Majlis dihadiri Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ekonomi Sabah (SEDCO), Azrul Ahmad, Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof.

Japlin berkata, zakat ini merupakan tanggungjawab CIS dalam menunaikan tuntutan Islam berdasarkan kepada perkembangan dan keuntungan semasa syarikat.

“Diharapkan zakat ini akan dapat dimanfaatkan bagi tujuan membantu para asnaf dan kita berdoa agar perniagaan CIS terus mencapai kejayaan pada masa-masa yang akan datang,” kata Japlin.