Care line 088-326888 JANS gagal melayani aduan pengguna

KOTA KINABALU: Orang merunggut apabila nombor Careline 088-326888 milik Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tidak berfungsi sekali gus gagal melayani aduan pengguna.

Rata-rata pengguna memaklumkan kepada Sabahnewstoday agar cuba menghubungi serta memaklumkan kepada pihak pengurusan JANS berkaitan perkara berkenaan.

Seorang penduduk Kampung Likas, Hamsin Mustapha berkata, nombor careline tersebut hanya megah kepada namanya namun tidak pernah dapat berfungsi sepertimana yang diharapkan pengguna.

“Kerapkali kita hubungi namun hanya di suruh menunggu ditalian berikutan mereka memenuhi banyak panggilan sehingga aduan kami gagal diselesaikan secara baik.

“Kita pohon Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmy Yahya ambil tindakan perkara ini atau cuba menghubungi nombor Care line 088-326888 JANS tersebut untuk mendapatkan kebenarannya,” katanya di sini hari ini.

Hamsin berkata, masalah kami adalah permotongan bekalan air telah lambat untuk disambung semula walaupun telah membuat pembayaran penuh.

“Bil tunggakan bekalan air kami hanya RM215.00 telah dipotong perkhidmatannya kemudian telah dijelaskan pada hari yang sama.

“Sehingga kini sudah hampir empat hari bekalan air tidak disambung semula….Apabila hubungi Care line nombor 088-326888 JANS tidak pernah melayani panggilan pengguna.

“Mungkin ada pelanggan lain di luar sana juga mengalami masalah serupa dengan kami. Sudah tentu geram dengan keadaan ini,” katanya.

Hamsin mencadangkan agar Care line 088-326888 JANS ditamatkan perkhidmatannya demi menjaga imej JANS sekali gus dapat lagi menjimatkan hasil perbelanjaan jabatan.