Cadangan pembinaan sebuah Dewan Baharu perlu diwujudkan di Kampung Kerukan – Ak Yazri

KUALA PENYU: Sebuah Dewan Baharu perlu di bina di Kampung Kerukan bagi kegunaan penduduk kampung sekali gus menggalakan belia terlibat secara langsung dalam aktiviti sukan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Beaufort Ak Yazri Pg Yahya berkata, dewan ini boleh digunakan bersama selain menjadi satu kawasan pusat rekreasi kepada seluruh penduduk kampung Kerukan serta kawasan berhampiran.

Ak Yazri menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Katanya, pihaknya memohon agar kerajaan dapat memberi pertimbangkan kepada permohonan pembinaan ini sekali gus boleh dimanfaatkan bagi menganjurkan kejohanan aktiviti sukan di masa depan.

“Saya turut berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan membina sebuah dewan baharu yang boleh menempatkan tiga gelanggang sepak takraw di Kampung Kerukan.

Antara pemain yang menyertai kejohanan Sepak Takraw di Parlimen Beaufort.

“Pembinaan ini nanti sudah pasti memberi motivasi kepada belia untuk membantu melahirkan lebih ramai lagi pemain-pemain muda yang meminati aktiviti sukan sehingga ke peringkat bertaraf Kebangsaan,” katanya di sini hari ini.

Yazri berkata, kegunaan dewan ini boleh diperluaskan lagi kepada pelbagai aktiviti masyarakat setempat sekali gus boleh dimanfaatkan bagi aktiviti majlis keramaian pada sesuatu masa.

“Sebagai contoh saya dimaklumkan oleh Pengerusi Pengelola Dulikom Ajak berkaitan pertandingan Sepak Takraw sebanyak 32 pasukan sekitar kawasan Parlimen Beaufort menyertai Kejohanan ini.

“Pihak penganjur terpaksa menolak beberapa penyertaan berikutan faktor kemudahan Dewan Serbaguna Kampung Melampai di sini sangat terhad kapasitinya,” jelasnya.