KINABATANGAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin meluangkan masa ziarah ke kampung kelahiranya di Kampung Bilit Kinabatangan.
Berbanding dua tahun lalu, berikutan penularan Pandemik COVID-19 beliau tidak berpeluang balik ke kampung halamannya.

“Ziarah bukan sekadar bertemu sanak saudara serta penduduk kampung malah berkesempatan ke pusara Ayahanda Radin Yatim.
“Alhamdulillah tahun ini kita berpeluang balik ke kampung halaman berbanding dua tahun sebelumnya tidak berkesempatan akibat penularan COVID-19,”katanya.
Pada majlis itu, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan mengerjakan solat fardu maghrib dan isyak Bung sekali gus menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.