Budayakan perpaduan dalam kehidupan seharian – Azuwan KB UMNO Kota Belud

KOTA BELUD: Rakyat wajar membudayakan perpaduan dalam kehidupan seharian sebagai kunci utama kepada keharmonian, kesejahteraan dan kemajuan negara.

Ketua Bahagian UMNO Kota Belud Azuwan Marjan Norjan berkata perpaduan kaum menjadi antara faktor penting untuk Malaysia mencapai status negara maju selain kepesatan pembangunan dan ekonomi.

“Kemajuan negara bukan diukur menerusi kepesatan pembangunan ekonomi sahaja tetapi keharmonian antara kaum dan agama harus sentiasa dipelihara…sekiranya tidak diberi perhatian ia akan menyebabkan negara menjadi mundur dan ketinggalan,” katanya ketika merasmikan program Sambutan Hari Kemerdekaan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kampung Pirasan, kelmarin.

Menurut Azuwan dengan mengamalkan semangat perpaduan, rakyat Malaysia yang berjiwa murni akan dapat menanamkan semangat patriotisma dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara agar sentiasa makmur dam  harmoni .

“Masyarakat perlu sentiasa memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup  yang yang bersatu padu sebagai satu amalan dan dalam masa yang sama dapat mempertahankan kestabilan dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman perbalahan, provokasi serta permusuhan,” katanya.

Justeru itu, Azuwan berkata rakyat perlu menolak   provokasi yang melampau dan fitnah yang dilakukan oleh sebilangan individu demi kepentingan politik mereka.