KOTA KINABALU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima 23 kes panggilan kecemasan melibatkan pokok tumbang dari 7.14 pagi hingga 3.06 petang tadi di 1l daerah dipercayai akilbat angin kuat, hujan lebat dan cuaca yang tidak menentu di sini semalam.
Pusat Gerakan Operasi JBPM negeri dalam kenyataan memaklumkan terdapat lima kes pokok tumbang di Kota Kinabalu, Penampang empat kes, Tenom dan Kuala Penyu masing-masing tiga kes, dua kes di Papar dan satu kes masing-masing di Sook, Kota Belud, Sipitang, Tuaran, Putatan dan Kudat.
“Tiada sebarang kemalangan jiwa direkodkan dan maklumat akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.
