KENINGAU: Golongan belia disaran agar menceburi bidang sukan secara aktif bagi mencari pelapis untuk mewakili negeri serta negara di masa deoan.
Naib Wira Muda STAR Sabah, Jordan Jude Ellron berkata memang diakui ketika beberapa bidang disiplin sukan mengalami kekurangan atlet berpontesi untuk diketengahkan berikutan penularan Wabak COVID-19 baru-baru ini.

Katanya, kesemua aktiviti sukan melibatkan fizikal terpaksa digantung seketika menyebabkan kejohanan di peringkat sekolah, daerah dan negeri ditangguhkan secara serta-merta.
“Ketika ini beberapa kelonggaran sudah diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN), termasuk boleh mengadakan kejohanan serta latihan secara fizikal namun masih mematuhi Standard Prosuder Operasi (SOP) yang telah ditetapkan.

“Dalam perkara ini pertumbuhan jasmani dan rohani sangat memainkan peranan sangat penting dalam usaha melahirkan golongan belia berinovasi serta berkeyakinan dalam meneruskan kepimpinan dalam negara di masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan Bola Tampar Terbuka Lelaki dan Wanita Anjuran Wira Muda Star peringkat Parlimen Pensiangan di Dewan Terbuka Kampung Kuala Biah di sini hari ini.

Jordan berkata, beliau yakin Dalam tempoh terdekat akan wujud generasi pelapis kepada sukan bola tampar yang dianjurkan ini sekali gus boleh diketengahkan untuk menyertai kejohanan besar di masa depan.
“Kita percaya dalam pertandingan ini sudah tentu akan memberikan pengalaman baharu kepada semua peserta disamping menjadikan medan ini untuk mengilap bakat serta potensi dalam kalangan mereka,” katanya.

Ketika mengulas mengenai pertandingan ini beliau berkata, penganjuran pertandingan ini salah satu langkah kerajaan untuk mengelak golongan muda terlibat dalam gejala tidak berfaedah.
‘Ini selaras dengan misi Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) untuk menyebarluaskan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan ke arah pembudayaan gaya hidup sihat di masa depan,” katanya.
Melalui pertandingan ini beliau berharap agar mampu mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan belia selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.
Dalam kejohanan selama dua hari itu, pasukan lelaki Puun Batu diumumkan sebagai juara selepas menewaskan VKS Karamatoi di perlawanan akhir.
Tempat ketiga serta keempat masing-masing dimenangi pasukan Villa Palma dan Sepulut.
Bagi kategori wanita, Parak 7 menewaskan Pagalungan Pensiangan pada perlawanan akhir manakala tempat ketiga dan keempat Kilauan Murni dan Ulitimate.
Sebanyak 36 pasukan menyertai pertandingan ini dengan melibatkan 24 pasukan kategori lelaki manakala 12 pasukan untuk kategori wanita.