PETALING JAYA: ‘Beli makanan, dapat sepasu pokok percuma’.
Satu keunikan ditawarkan sebuah restoran di Damansara Perdana di sini, bukan sahaja bagi menarik lebih ramai pelanggan, malah mempromosikan budaya persekitaran hijau.
Projek komuniti dilaksanakan kumpulan Facebook Plant Swag (Swap/Gift) di Restoran Deaf in Business (DIB) bermula bulan lepas itu membolehkan pelanggan membawa pulang pelbagai jenis tumbuhan seperti pokok hiasan aloe vera (lidah buaya), golden pothos(sirih gading) dan spider plant (lelabah) sebagai tanaman angkat dengan pembelian melebihi RM10.
Pengasas kumpulan Facebook itu Evangeline Lim berkata idea tersebut tercetus susulan terdapat lebihan pokok di rumah kalangan ahli ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Mac 2020 disebabkan aktiviti bertukar pokok dan program outreach tidak dapat dijalankan.
Pada waktu itu, pertemuan secara bersemuka perlu dielakkan demi mematuhi SOP (prosedur operasi standard), jadi aktiviti penanaman pokok baharu tidak dapat diteruskan kerana ruang berkebun di balkoni penuh.
“Pada waktu itu, pertemuan secara bersemuka perlu dielakkan demi mematuhi SOP (prosedur operasi standard), jadi aktiviti penanaman pokok baharu tidak dapat diteruskan kerana ruang berkebun di balkoni penuh.
“Pada ketika itu juga ramai peniaga kecil terjejas teruk kerana COVID-19, jadi saya mendapat idea untuk membantu perniagaan mereka menerusi kolaborasi yang membolehkan pelanggan mendapat pokok sebagai hadiah percuma,” katanya kepada Bernama.
Menurut Lim, projek komuniti diusahakan kumpulan yang mempunyai lebih 4,000 ahli aktif sejak 2018 itu antara lain bertujuan menanam rasa sayang terhadap tumbuhan dan alam sekitar sekali gus menggalakkan aktiviti berkebun di rumah dalam kalangan masyarakat.
– BERNAMA