BEAUFORT : Belanjawan 2025 dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diharap dapat memberikan tumpuan kepada pembangunan sumber manusia khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, pemerkesaan golongan belia melalui (TVET) sangat penting bagi memastikan masyarakat terutamanya golongan muda dapat maju seiring dengan perkembangan teknologi dan pemodenan negara. .
“Kita harap kerajaan dapat memperbanyakkan lagi program motivasi dan pendidikan kemahiran kepada generasi muda dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.
“Disamping itu dapat membuka peluang baharu untuk mereka meningkatkan taraf siso ekonomi melalui perniagaan selepas menamatkan latihan, sesuai dengan bidang kemahiran yang mereka sertai,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Pasukan JUARA Umno Sabah bagi ZON 3 di Pejabat UMNO Bahagian Beaufort
Rombongan JUARA Umno Sabah di sini semalam.
Awang Aslee merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Giat MARA Parlimen Beaufort berkata, TVET bukan lagi pilihan kedua bagi pelajar lepasan SPM kurang bernasib baik untuk melanjutkan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi.
“TVET) memberi peluang kepada generasi muda memperolehi pekerjaan berasaskan kemahiran atau bekerja sendiri untuk menjana pendapatan selepas mereka keluar dari Latihan.
“Graduan aliran TVET kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang, yang mampu menjanjikan pendapatan dan taraf kehidupan lebih baik untuk masa hadapan justeru ianya perlu diperkasakan selari dengan keperluan semasa,” jelas Awang Aslee.
Menurutnya, Bajet 2025 ini kerajaan perlu menambah dana tabung pembangunan kemahiran untuk akses orang muda menceburi program (TVET)
“Penambahbaikan kemudahan asas, alatan Latihan juga perlu diberikan peruntukan di pusat-pusat Latihan seperti di pusat Giat Mara,Institut Latihan Perindustarian dan sebagainya,” kata Awang Aslee.