32 C
Kota Kinabalu
Wednesday, March 22, 2023

Bantuan tambahan dibayar mulai hari ini

KUALA LUMPUR: Bayaran tambahan untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kepada 8.4 juta penerima akan dibayar secara berperingkat mulai hari ini membabitkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pembayaran BPR Tambahan berkenaan membabitkan 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas yang bujang atau tiada pasangan dan 3.8 juta individu bujang.

Katanya, bayaran itu akan diagihkan kepada penerima kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang mulai hari ini hingga 2 Julai yang akan terus dikreditkan dalam akaun bank masing-masing.

“Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), bayaran akan mula dibuat mulai hari ini melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengambil kira pembayaran Fasa 1, Fasa 2 dan BPR Tambahan, bantuan tunai yang disediakan sehingga kini kepada hampir 8.4 juta penerima adalah sebanyak RM6.78 bilion.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles