31 C
Kota Kinabalu
Sunday, May 22, 2022

Bantuan dapat disalur pantas kerana hubungan rapat Sabah, kerajaan pusat – Ongkili

KOTA MARUDU: Pengagihan bantuan kewangan serta bantuan lain kepada mangsa banjir di Sabah dapat dilaksanakan dengan pantas disebabkan hubungan rapat antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata sehubungan itu adalah penting untuk mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan suara kesusahan rakyat sentiasa didengari.

“Dalam pengurusan banjir dan bencana, kerajaan Persekutuan memiliki kuasa tertinggi dari segi penyaluran bantuan kewangan dan perkhidmatan menerusi pelbagai agensi.

“Di sini, bantuan tunai RM1,000 kepada setiap isi rumah diagihkan dalam tempoh sekitar tiga minggu,” katanya dalam kenyataan selepas menghadiri program penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Komuniti Kora Marudu di sini hari ini.

Sejumlah 1,161 isi rumah terkesan dengan kejadian banjir di Kota Marudu baru-baru ini, dan 332 daripadanya telah menerima bantuan kewangan berkenaan sebelum ini manakala selebihnya menerima bantuan tersebut hari ini.

Ongkili berkata kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM1.4 bilion bagi meringankan beban mangsa banjir di enam negeri termasuk Sabah, dengan setiap isi rumah menerima RM10,000 hingga RM61,000, bergantung kepada keseriusan kerugian yang dialami.

Beliau seterusnya berkata Pejabat Daerah di sini menganggarkan kerugian kira-kira RM46 juta dialami di sini akibat banjir baru-baru ini, dan kerajaan telah memperuntukkan RM24 juta untuk kerja-kerja pembaikan.

— BERNAMA

 

Related Articles

Stay Connected

156,557FansLike
2,116FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
Iklan

Latest Articles