KOTA KINABALU : Penganalisis politik, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Lee Kuok Tiung perlu berhenti mengeluarkan kenyataannya berikutan dilihat terlalu meleset dan tidak seimbang sekali gus bertindak sebagai menyebarkan propaganda politik di atas talian kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata, komen Dr Lee Kuok Tiung ini lebih menjuruskan kepada menjadi ‘Cybertropper GRS’ serta tidak memahami budaya serta latar belakang sejarah politik di Sabah.
Katanya, biarpun beliau (Dr Lee) merupakan pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) dilihat hanya boleh menganalisis tetapi tidak memahami keadaan intipati politik di Sabah.
“Kita memahami Dr Lee Kuok Tiung bukan berasal dari Sabah, sudah tentu dia dilihat tidak memahami budaya serta sejarah politik yang berlaku di Sabah.
“Setiap ulasan analisisnya berkaitan politik di Sabah terlalu meleset serta terlalu bersikap berat sebelah kepada GRS dan tidak bertindak secara natural sekali gus tidak melambangkan badan Universiti yang diwakilinya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Jeffrey Nor merupakan Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, dalam kenyataan terbaharunya semalam dalam sebuah portal nasional malam tadi, ulasan Dr Lee Kuok Tiung hanya bergantung penuh kepada kenyataan lama Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir.
“Sebagai makluman Dr Lee, setakat ini UMNO Sabah belum pun membuat apa-apa keputusan berkaitan kerjasama antara UMNO Sabah dan Parti Warisan.
“Kita melihat kepada srategik mainan politik terlebih dahulu….Apa yang penting bagi kami di UMNO Sabah ialah tidak akan dikhianati untuk kali kedua berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini,” jelas Jeffrey Nor.