PUTATAN : Semua pemimpin serta ahli UMNO di peringkat cawangan perlu mengaktifkan gerak kerja bersama masyarakat secara berterusan sekali gus menarik dapat memperkukuhkan semangat perpaduan di peringkat akar umbi.
Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffrey Nor Mohamed berkata, pelbagai program boleh dilaksanakan melibatkan komuniti setempat selain semangat dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat serta mampu mendalami hala tuju dan perjuangan parti.
“Pelbagai program boleh kita laksanakan termasuk seperti program gotong-royong, sukan dan sebagainya.
“Meskipun ia hanya dianjurkan dalam sekala kecil namun sudah tentu memberikan kesan yang positif dalam usaha kita melahirkan masyarakat yang bersatu padu di masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan pertandingan memancing anjuran UMNO Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tengah Padang Petagas di sini hari ini.
Jeffrey merupakan Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah berkata, UMNO Bahagian Putatan menganjurkan program berkhatan beramai-ramai yang bertujuan bagi meringankan beban ibubapa menghantar anak-anak mereka berkhatan di klinik swasta.
“Program ini sangat dekat dihati ibu bapa selain memberi peluang mereka untuk mendapatkan kemudahan percuma bagi mengkhatankan anak-anak mereka disamping dapat mengurangkan beban kewangan mereka untuk menanggung kos rawatan,” jelas Jeffrey Nor.
Sementara itu dalam perkembangan sama Jeffrey Nor menggesa agar sayap parti Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO perlu menganjurkan kegiatan mereka bagi mendekati pengundi muda.
“Pengundi 18 tahun adalah golongan penting yang perlu diberi perhatian kerana mereka merupakan penyumbang undi terbesar selepas Undi 18 dikuatkuasakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
“Kita (UMNO) kena fokas golongan ini agar selari dengan citarasa mereka disamping kita perlu sampaikan maklumat sahih bagi memastikan mendapat info yang tidak benar dari pihak lain,” tambahnya.