KOTA KINABALU: Semua agensi terlibat perlu bekerjasama padu bagi memastikan kesemua projek pembangunan bernilai RM6.6 billion diluluskan dibawah Roling Plan 4 (RP4), Rancangan Malaysia Ke- 12 (RMK12) dapat dilaksanakan tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, tahun ini Sabahakan melaksanakan pelbagai projek pembangunan premis (Tamu Desa), pembaikan, pembersihan dan perawatan Sungai Tuaran, projek tebatan banjir, pembinaan sekolah baharu, menaiktaraf dan selenggara sekolah daif serta pembinaan klinik kesihatan baharu.
Katanya, adalah penting wujud sinergi bersama agensi kerajaan negeri dan Persekutuan bagi memastikan pelaksanaan segera semua projek ini demi kepentingan rakyat.
“Semua mesti mempunyai iltizam yang tinggi dan bekerja pantas untuk menyelesaikan masalah dengan semangat Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan pembangunan Sabah.
“Kaedah penyampaian perkhidmatan yang lama tidak lagi terpakai untuk pelaksanaan berkesan setiap dasar kerajaan,” katanya di sini hari ini.
Hajiji berkata, selain agensi kerajaan mesti memanfaatkan sepenuhnya kepesatan teknologi termasuk pendigitalan dalam melonjakkan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
“Ini penting bagi memastikan kerajaan menjadi pemudahcara kepada semua pihak, terutama sektor swasta yang menjadi pemacu ekonomi negara.
“Saya turut mengulangi gesaan agar semua wakil rakyat dan ketua jabatan turun padang supaya masalah-masalah yang menjejaskan rakyat dapat diselesaikan dengan segera,” jelas Hajiji.
Menurutnya, sehingga Januari 2024, Sabah sudah membelanjakan sebanyak RM4.9 bilion atau 97.01 peratus daripada peruntukan di bawah RP3 RMKe-12.
Ha
“Kerajaan komited untuk menarik pelaburan bernilai tinggi melalui inisiatif pemangkin di bawah kerangka ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP).
“Antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada strategi ini ialah sektor pembinaan kerana kerajaan memperuntukkan RM72.3 bilion bagi pengangkutan, air dan tenaga,” tambah Hajiji.