Adnan Puteh diumum calon Warisan Parlimen Sipitang – Shafie

 SIPITANG: Datuk Adnan Puteh diumumkan calon Ahli Parlimen Sipitang bagi Parti Warisan pada pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berkata, Adnan mempunyai latar belakang bidang peguam terkenal di Sabah sangat dikenali serta berpengaruh khususnya di kawasan Sipitang.

Katanya, beliau yakin Adnan Putih Sipitang akan menyumbang kerusi parlimen dalam PRU15 nanti.

“Kita umumkan awal calon Warisan pertama di Parlimen Sipitang…kerana melihat sentimen serta sokongan padu masyarakat Sipitang kepada Warisan sangat baik sekali gus berpotensi menang dalam PRU15.

“Berdasarkan latar belakang beliau serta kemampuan sedia ada calon ini akan menang dalam PRU15 nanti,” katanya dalam siri jelajah Sabah Bangkit Warisan Bahagian Sipitang di sini hari ini.

Shafie berkata, meskipun terlalu awal membuat pengumuman ini namun ia tidak akan menganggu perjalanan gerak kerja di peringkat akar umbi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketika berucap dalam majlis itu, Warisan akan bertanding 25 Parlimen di Sabah serta satu kerusi di Labuan.