BN Sabah kekal bersama Hajiji demi kemajuan negeri

LAHAD DATU: Barisan Nasional (BN) Sabah menegaskan komitmen untuk terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta pelaksanaan Agenda Sabah.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata, peranan BN dalam kerajaan negeri adalah untuk menyumbang kepada kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, kematangan politik perlu diterapkan dalam kalangan pemimpin muda dengan memberi keutamaan kepada isu rakyat berbanding polemik politik sempit.

Katanya, generasi muda perlu menjadi pendukung perpaduan dan pembangunan dengan sentiasa meletakkan kepentingan Sabah sebagai agenda utama.