TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin meninggal dunia pada jam 2.04 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Tawau.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebook IPD Tawau.
Menurut kenyataan itu, jenazah Allahyarham akan diuruskan di Tawau sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16, Jalan Apas.
Jasmin, 53, disifatkan sebagai seorang pegawai polis yang berdedikasi dan pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya warga IPD Tawau.
