TAWAU: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 29 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu ditemukan mati terapung dalam sebuah kolam ikan di Jalan Sin Onn Tiku, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu pada jam 9.05 pagi sebelum sepasukan pegawai dikerahkan ke lokasi.
Beliau berkata, pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan atau petunjuk yang menunjukkan wujud unsur jenayah.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas keluar dari rumah dan tidak pulang semula.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan ujian makmal lanjut.
